Julai 07, 2014

Lawatan PPKI ke Universal Studio Singapore

Pada edisi kali ini, PPKI SKTR telah memilih Universal Studio Singapore sebagai destinasi lawatan dan aktiviti luar kelas. Bertolak jam 10.00 malam 24 Jun yang lalu, ia memberi pengalaman baru kepada murid kerana perjalanan ini memakan masa selama 6 jam. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang prosedur ke luar negara, USS Singapore dan aktiviti yang boleh dilakukan di sana.

Setelah mandi dan solat Subuh di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, bas bergerak ke hotel di mana di sana bas ke Singapura akan menunggu. Jam 8.00 pagi bas telah pun beratur memasuki imigresen Singapura setelah melepasi imigresen Malaysia. Namun begitu tempoh proses passport berkelompok yang lebih sejam di Singapura menunjukkan ketidakcekapan sistem mereka.

Bas tiba ke destinasi pada jam 11.00 pagi. Murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dijaga ketat oleh guru yang bertugas supaya tiada kejadian diingini berlaku. Banyak aktiviti permainan yang ditawarkan dan semua peserta tidak melepaskan peluang kerana bayaran telah dijelaskan. Murid-murid PPKI sendiri adalah orang yang paling seronok dan teruja kerana dapat menjejakkan kaki di USS ini. Hinggakan ada murid yang sanggup beratur kali kedua untuk bermain permainan yang sama.

Jam 6.20 petang peserta dibawa keluar dengan bas dan sekali lagi mengharung kesesakan trafik selama 2 jam dan sekali lagi pihak imigresen Singapura memproses pasport berkelompok sehingga lebih sejam, mungkin disebabkan ketidakcekapan tenaga kerja. Setelah itu, peserta lawatan tiba di hotel Suria City dan berehat di sana sambil menikmati makan malam tajaan KFC. Keesokan harinya setelah check out, peserta dibawa ke The Zone (Zon Bebas cukai), Johor Premium Outlets dan juga Pekan Air Hitam. Kemudian terus pulang ke SKTR. Tiba di SKTR pada jam 12.30 tengah malam. Murid terus dihantar ke rumah oleh guru (bagi ibubapa yang belum datang mengambil anak).

Semoga dengan lawatan USS ini, murid-murid dapat menimba pengetahuan dan pengalaman yang banyak terutama ketika melawat ke luar negara. Pihak PPKI secara tidak langsung mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam lawatan kali ini iaitu Tuan Guru Besar Tn Hj Mohd Multazam Khair,  PPD Sabak Bernam, JPN Selangor, Hotel Suria City JB dan Syarikat KFC. Terima kasih diucapkan.

Taklimat dan doa sebelum mula perjalanan

Murid tidak sabar dan seronok

Kesesakan di imigresen Singapura

Tiket masuk

Ceria pabila tiba di USS

Keluarga Cikgu Safari

Pengesahan tiket masuk

Hollywood Street

Gerai jualan yang menari

Madagascar ride

Shrek The Ride

Nazafi (murid CPD) siap belek peta kawasan

Aidil seronok bertemu penguin madagascar

Dinosaur flyer ride

Riang ria Firdaus dan Fajarlina

Dinosaur Journey Boat

The mummy ride

Pemandangan luar hotel Suria City JB

Sarapan di hotel

Lawatan ke Johor Premium Outlets

Murid kongsi makanan

Apam balik JPO

Bergambar kenangan

Beratur untuk menaiki dinosaur boat ride

Bersama watak Looney toones

Shrek Roller coaster

Sci Fi City

Yang terbaik - Transformers Ride

Singgah di The Zone, JB

Memeriksa tentatif program

Menjamu selera di USS Food Court

Firdaus, Adam, Aidil, Suhaimi, Fahmi dan Nazafi