Julai 07, 2014

SUKAN SEKOLAH EDISI 2014

Sukan sekolah edisi 2014 telah pun selamat melabuhkan tirainya. Sukan yang dilaksanakan pada 24 Jun yang lalu telah menepati intipati dan objektifnya. Bertujuan sebagai pelaksanaan takwim 2014, sukan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam bidang sukan dan olahraga. Biarpun pelaksanaannya adalah sederhana, namun sambutan sukan pada tahun ini tetap meriah seperti mana tahun sebelumnya. Kesanggupan guru dan murid-murid berpanas di bawah mentari terik sehingga ke tengah hari membuatkan sukan ini begitu seronok.

Rumah sukan yang bertanding adalah rumah biru, rumah merah dan juga rumah kuning. Seramai 35 orang guru dan staf sekolah terlibat dalam sukan ini. Manakala seramai 115 orang murid mengambil bahagian dalam sukan pada kali ini yang dijayakan dari jam 7.20 pagi sehinggalah jam 1.00 petang. Acara yang dipertandingkan ialah acara padang, acara balapan dan acara sukaneka. Selain itu diadakan juga acara sukaneka bagi ibubapa dan guru (lumba terompah gergasi).

Keputusan sukan tahunan edisi 2014 adalah seperti berikut:

Johan = Rumah Biru (2790 mata)
Naib Johan = Rumah Merah (2650 mata)
Ketiga = Rumah Kuning (2480 mata)

Bagi sukan tahunan edisi 2014 pada kali ini, olahragawan dan olahragawati sekolah telah dimenangi oleh:

Olahragawan  = Mohd Halmii Bin Ghazali (Rumah Kuning)
Olahragawati  = Husna Nur Imani (Rumah Merah)

Keseluruhannya, sukan tahunan telah berjaya mencapai objektif dan sasarannya. Murid-murid yang terpilih akan dilatih dan diberi tunjuk ajar mengikut waktu yang sesuai agar kebolehannya dapat ditingkatkan ke tahap maksima, demi mencapai sasaran MSSD 2015.

Foto-foto sukan edisi 2014 :

Murid berkumpul di padang

Ucapan oleh En Safari Bin Ahmad Zaini

Ucapan perasmian oleh Naib YDP PIBG En Abdul Razak

Juru acara majlis

Gambar kenangan rumah kuning

Sebahagian hadiah pemenang

Sarapan sebelum majlis bermula

Bacaan ikrar sukan murid

Bacaan doa oleh USt Suhaili

Gambar kenangan rumah merah

Selera di pagi hari

Puan juri dan en.Setiausaha

Gambar kenangan rumah biru

Warm-up sebelum bersukan

Gilir2 senyum

Acara sukaneka golek tayar

Murid menunggu giliran

Cenderahati untuk penyampai (Ustzh Zairita)

Penyampaian hadiah

Antara ibubapa yang hadir memberi semangat

Sukaneka lumba bawa bola

Lumba bawa bola pra sekolah

Acara larian terus 80m Tahun 2

Para pemenang

Murid menerima hadiah

Cenderahati buat En Abdul Razak

En Abd Razak menyampaikan hadiah

Pemenang acara rampaian

Pemenang acara lari terus 100m Tahun 4

Pemenang acara lari terus 100m Tahun 6

Lari terus 50m pra sekolah

Cenderahati tanda penghargaan

En Azli menyampaikan medal

Sukaneka guru dan ibubapa

Juara sukaneka ibubapa - guru

Tempat ketiga sukaneka ibubapa-guru

Bukan main laju lagi mak2 ni lari

Larian konsisten kumpulan Ust "K"

Naib Johan sukaneka ibubapa-guru

Mr.Secretary mencari pemenang rumah sukan

Juara Rumah sukan, olahragawan & olahragawati

Rumah biru JUARA !!!

Santapan selepas tamat temasya sukan