Julai 07, 2014

Guru ROS Pendidikan Khas



Pada 1 Julai yang lalu, SK Teluk Ru telah menerima seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (Pulau Pinang) yang melapor diri sebagai guru ROS Pendidikan Khas. Nama beliau ialah Mohd Izzat Bin Salleh dan berasala daripada Kg Perenggan Sungai Air Tawar. Mengambil pengajian Pendidikan Khas dan kini berada di tahun yang kedua. Beliau ditempatkan di bawah Program Internship 1 (PPK 290/2).

Beliau akan ditempatkan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) selama satu bulan dan di bawah bimbingan seorang guru pembimbing. Tujuan program ini adalah bertujuan untuk membuat pemerhatian, membantu dan melibatkan diri dalam program yang dijalankan supaya mendapat pengalaman yang sesuai. Ia juga untuk memberi peluang mengkaji ciri-ciri diagnostik ketidakupayaan murid PPKI dan cara mengurus dan mengajar murid tersebut. Beliau diberi tugas sebagai guru pembantu (teaching assistant) kepada guru PPKI tersebut.

Di akhirnya, diharap beliau dapat mempunyai kefahaman tentang peranan dan tugas seseorang guru pendidikan khas dalam PPKI. Semoga beliau dapat menyesuaikan diri dalam PPKI khususnya dan SKTR umumnya. Jangan segan silu bertanya sekiranya terdapat pertanyaan. Selamat datang diucapkan.