Julai 02, 2014

HARI INTERAKSI



Pada tanggal 21 Jun 2014 yang lalu, pihak SK Teluk Ru telah mengadakan satu sesi perjumpaan Hari Interaksi di antara ibubapa dengan guru. Perjumpaan ini bertujuan untuk menilai prestasi murid-murid  setelah selesai pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Ibubapa berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing daripada jam 10.20 pagi hingga 12.20 tengah hari.

Sasarannya ialah seluruh murid SK Teluk Ru iaitu murid-murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6, Pra sekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Bagi murid inklusif PPKI seramai 2 orang (Tahun 6), ibubapa mereka akan terus bertemu dengan guru kelas di mana anak mereka belajar. Begitu juga halnya dengan murid PPKI aliran perdana yang seramai 2 orang. Setelah ibubapa menandatangani buku laporan prestasi, mereka boleh membawa anak mereka pulang.