Jun 03, 2014

Hari Guru SKTR 2014

Pada tanggal 16 Mei 2014, satu sambutan sempena Hari Guru telah selamat diadakan. Pada kali ini, selain koir, sukaneka bermain bola tampar juga telah diadakan. Tema hari guru pada tahun ini ialah "Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi". Bermula seawal 730 pagi dengan bacaan Yasin, hari guru pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan buah tangan berupa kek daripada banyak pihak. Saya sifatkan pada kali ini guru-guru puas menjamu kek yang diberi. Terima kasih kepada semua penyumbang.

DEFINISI TEMA HARI GURU 2014
Guru: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara

Pencetus: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/ idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu
Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek
Kreativiti: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorang dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif

Penjana: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan

Inovasi: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai



Bacaan Yasin

Murid turut serta dalam majlis


Ucapan daripada wakil murid



Perutusan Hari Guru dibacakan oleh Cikgu Azli

Tuan Guru Besar menyampaikan puisi bertajuk Guru

Persembahan murid PPKI

Hadiah daripada murid

Kek daripada bank Rakyat


Kek daripada YB Kamarul Zaki


Upacara memotong kek