Jun 03, 2014

Penyampaian Hadiah Program PPDa dan Karnival Mini Sukan PPKI

PPDa merupakan aktiviti wajib yang telah dimuatkan dalam takwim sekolah. Program Pencegahan Dadah (PPDa) ini telah dijalankan dengan kerjasama panitia Pendidikan Seni dan Visual. Ia bertujuan untuk mendidik murid SKTR akan bahaya dadah, kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat. Kaedah yang digunapakai adalah melalui pertandingan mewarna, pertandingan melukis dan pertandingan mendeklamasikan sajak. Dijalankan pada bulan April yang lalu, sempena sambutan Bulan AntiDadah Kebangsaan.

Pemenang-pemenang pertandingan lukisan dan mewarna telah dipilih oleh juri berdasarkan kriteria berikut:
1. Kekemasan Lukisan
2. Mesej lukisan yang jelas
3. Penggunaan warna yang baik
4. Cantik dan bersih

Manakala pemenang mendeklamasikan sajak dipilih melalui:
1. Kelancaran suara dan intonasi
2. Gaya bersajak
3. Sajak yang mempunyai maksud yang jelas
4. Prop

Untuk karnival mini sukan PPKI pula. SKTR berjaya mendapat naib johan untuk pertandingan futsal dan hadiah saguhati untuk pertandingan mewarna.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Salleh B Mat Kassim (GPK 1) dan juga Pn Hjh Mariam Bt Md Rejab (GPK HEM). Keceriaan jelas terpancar di wajah murid-murid SKTR kerana penat lelah dan usaha yang mereka laburkan telah menampakkan hasilnya. Tahniah diucapkan dan semoga SKTR terus cemerlang dan gemilang pada masa akan datang.