Jun 03, 2014

Ceramah Isra Mikraj dan Kebakaran Kotak Fius Makmal Komputer

Seperti mana pada tahun-tahun sebelumnya, Panitia Agama Islam telah mengadakan ceramah Israk Mikraj pada hari terakhir persekolahan pada penggal pertama iaitu pada 27 Mei 2014. Lokasi pilihan ialah di dewan Seri Bestari. Sasaran ialah murid SKTR daripada pra sekolah, pendidikan khas, Tahun 1 sehinggalah ke Tahun 6.

Pada kali ini, panitia Pendidikan Islam telah bersedia memberi sedikit kelainan dalam penyampaian isi ceramahnya. Penceramah yang dipilih adalah Ust Tuan Khairul Effeendy Bin Tuan Wil dan dibantu oleh Ust Mohd Fauzi Bin Selamat. Mereka menyampaikan ceramah secara interaktif iaitu dengan penggunaan powerpoint dan projektor LCD. Kuiz juga diadakan selang-seli dengan bab ceramah agar murid tidak mudah lupa isi ceramah yang disampaikan.

Guru-guru turut serta dalam mendengar ceramah yang diselangi dengan gelak tawa murid-murid kerana penceramah bijak memainkan peranannya. Ceramah yang bermula pada jam 10.20 pagi kemudiannya terpaksa ditamatkan pada jam 11.30 pagi kerana SKTR berdepan dengan situasi kebakaran makmal komputer.

Bomba dikejarkan ke tempat kejadian serta merta dan mendapati bahawa api sedang merebak ke siling bangunan. Tindakan pantas bomba memotong paku wayar dapat mengelakkan kebakaran lebih besar terjadi. Kira-kira 45 minit kemudian pihak TNB tiba dan memotong bekalan elektrik. Bomba seterusnya memantau tempat kejadian supaya api dapat dipadamkan sepenuhnya. Punca kebakaran ialah litar pintas.

Berikut adalah foto rentetan peristiwa tersebut.

Ust Tuan Khairul sedang menyampaikan ceramah

Sebahagian murid yang hadir

Murid PPKI adakalanya buat hal "sendiri"

Kuiz Isra Mikraj

Program ceramah dikejutkan dengan kebakaran makmal komputer


Murid dan warga SKTR berkumpul di depan pagar

Pihak bomba mengawal api

Guru bersedia membantu jika diperlukan

Kesan kotak fius terbakar

Punca kebakaran adalah litar pintas