Pada 29 April 2014, murid-murid PPKI telah mengambil bahagian dalam pertandingan MTQ Pendidikan Khas anjuran PPD Sabak Bernam. Pertandingan tersebut telah berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sabak Bernam. Seramai empat orang murid (dua lelaki dan dua perempuan) telah mengambil bahagian dalam pertandingan Azan, Bercerita kisah AL-Quran dan Hafazan.
Setelah berhempas pulas, dua orang murid PPKI SKTR telah menjadi johan dalam pertandingan Hafazan dan juga bercerita kisah Al-Quran. Johan Hafazan ialah Syaidatul Aysha Bt Mohd Zaini dengan hafazan lima surah yang dipilih oleh juri. Meskipun seri dengan peserta dari sekolah lain, markah beliau dikira dengan penilaian Tajwid yang baik. Oleh itu, Aysha telah dinobat sebagai johan.
Bercerita tentang kisah Perletakan Hajarul Aswad, murid yang bernama Nur Arina Najwa Bt Shamsuri telah berjaya mencuri hati juri dan menjadi johan pertandingan bercerita. Dengan gaya yang baik dan kelancaran yang lebih baik berbanding peserta lain, Najwa menjadi johan. Dengan itu mereka telah dipilih untuk mewakili daerah dalam MTQ peringkat Negeri yang bertempat di SK Country Homes II di Rawang pada 6 Mei 2014.
Pada 6 Mei 2014, murid-murid tersebut telah bertanding dalam acara masing-masing namun hanya mendapat sijil penyertaan sahaja. Pesaing-pesaing daripada daerah lain dilihat lebih hebat dan lebih bersedia untuk pertandingan. Namun apa yang mengecewakan Pendrive "prop" pertandingan bercerita Kisah Al-Quran (Murid Najwa) tidak dipasang ketika beliau menyampaikan persembahannya.
Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terlibat kerana berusaha keras dan bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan.