Mei 28, 2014

Mini Karnival Sukan PPKI di SK Seri Utama Sungai Besar

Pada tanggal 14 Mei yang lalu, SK Seri Utama telah mengadakan Mini Karnival Sukan PPKI. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid PPKI dan mencari wakil murid untuk mewakili daerah. Ia juga dilihat sebagai medium merapatkan silaturrahim di antara warga PPKI dan guru seluruh daerah Sabak Bernam. Program ini mendapat sokongan daripada PPD Sabak Bernam terutamanya Unit Pendidikan Khas dan Swasta yang diketuai oleh En.Rosli Bin Jarai. Program ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Cuaca yang baik telah membantu program ini berjalan lancar dari awal hingga akhir.

PPKI SKTR turut sama menjayakan program ini di mana mereka menghantar satu pasukan futsal junior dan juga satu pasukan campuran bola jaring. Pasukan futsal junior dibarisi oleh 8 orang murid lelaki manakala pasukan bola jaring dibarisi oleh 3 orang murid perempuan.

Bagi perlawanan futsal junior lelaki, pasukan PPKI SKTR telah berjaya mendapat Naib Johan. Manakala pasukan bola jaring junior (campuran) pula telah mendapat kemenangan percuma kerana ramai peserta sekolah lain tidak hadir untuk berlawan. Dengan itu PPKI SKTR telah mengharumkan nama sekolah dan beberapa orang murid sekaligus terpilih untuk menjadi wakil daerah untuk futsal.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar mini karnival sukan di SK Seri Utama Sg Besar.

Sebelum pendaftaran

Ceria di pagi hari

Perlawanan futsal 

Sebahagian bekas murid SKTR bermain



Murid SKTR berjumpa kawan

Tempat persinggahan PPKI SKTR



Penyampaian hadiah

Menunggu acara penyampaian hadiah