Mei 28, 2014

HARI KELUARGA SKTR KALI PERTAMA BUAT DEKAD INI !!!

Buat pertama kalinya Badan Kebajikan SKTR (BAKSTER) telah menganjurkan Hari Keluarga pada 17 Mei 2014. Lokasi pilihan hati ialah di Pantai Teluk Batik dan Virgo Resort. Program ini diadakan bertujuan untuk memenuhi takwim perancangan sekolah dan juga sebagai medium merapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga SKTR di samping berkenalan dengan lebih rapat.

Perjalanan dimulakan daripada Sabak Bernam hingga ke Teluk Batik. Warga SKTR digalakkan berkumpul di perkarangan Masjid Sabak Bernam untuk sama-sama berkonvoi. Setelah berkonvoi selama 2 jam, akhirnya warga SKTR tiba di destinasi yang dituju. Program yang dibuat di pantai Teluk Batik ialah acara sukaneka. Ramai warga SKTR mengambil bahagian dalam acara yang menyeronokkan ini termasuklah kanak-kanak. Antara sukaneka yang dijalankan ialah acara lari dalam guni sambil membawa bola pingpong, acara mengutip gelang getah guna straw di mulut, acara mencari gula-gula dalam pasir dan acara mengisi air laut ke dalam botol menggunakan pakaian di badan. Seronok bukan kepalang bagi mereka yang memenangi sukaneka tersebut.

Pada sebelah petangnya pula, acara memancing pula diadakan. Bagi yang tidak memancing, AJK menyediakan permainan bola tampar pantai. Semua warga SKTR bersungguh-sungguh bermain walaupun tiada hadiah. Apa yang penting nilai kerjasama dan semangat kesukanan. Acara malam hari pula berubah tempat iaitu di Virgo Resort Teluk Batik.

Aktiviti yang dijalankan di resort ini ialah makan malam, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah untuk pemenang sukaneka. Hadiah sukaneka berupa hamper dan makan malam pula adalah gaya buffet. Untuk meja pentadbir adalah gaya hidang-siap. Manakala hadiah cabutan bertuah yang disediakan ialah berupa barangan elektrik (pembakar roti, kipas, sterika, lampu hiasan, coffee-maker dan cerek pelbagai guna), barangan dapur (kitchen stove, portable stove, pinggan mangkuk, bekas simpanan makanan), perabot (rak kasut, garment rack dan rak kayu DIY) dan juga kelengkapan bilik tidur (cadar eksklusif, 5 unit toto).

Secara amnya, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir yang menyokong kuat program ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga SKTR yang memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan Hari Keluarga ini. Semoga program ini menjadi penanda aras untuk program hari keluarga yang seterusnya.
--------------------------------
Gambar Sukaneka :

Semua pakat lari ke laut ambil air

Guni dulu ke bola dulu..?

Lari yo gelak pun iyo

Tadah air laut nampak

Larian yang paling cool

Ahli SWAT juga mengambil bahagian

Juri mengira jumlah gula-gula

Larian kencang Asri

Dah lari rehat dulu..

Rumah biru

Santai ye bang

Acara kutip gelang getah dengan straw di mulut

Acara kutip gula-gula dalam pasir

Macam nak menang aja tu

Bawa air sambil gelak

Angkat Straw ye dikk..

Rumah Merah kecewa kalah lari gamaknya

Juara lari dalam guni -rumah Kuning !!

Susah ye nak main straw ni

Bagai muncul dari celahan pasir..

Kutip jangan tak kutip

Antara gula-gula yang berjaya diperoleh

Menunggu panggilan gula-gula

Tengah isi air dalam cawan, lepas penuh boleh minum

lari cepat masa berjalan

Gaya kesungguhan

Perah bang perahhh

Tadah jangan tak tadah

Punca kemenangan rumah kuning, dia lari macam kilat

Masih mencari gula-gula yang disorokkan

Belum lulus nak masuk guni 

Otai dah masuk guni dah

Baru sebelah kaki masuk

--------------------------------------------------------
Gambar Makan Malam: