Julai 24, 2014

Majlis Persaraan Puan Hajah Mariam Bt Md Rejab "Lambaian Kasih Sanjungan Budi"

Video ucapan Buat Cikgu Mariam boleh lihat di sini -->> http://youtu.be/MVhZGDZzPhA



Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi ini diadakan khas sebagai majlis persaraan Puan Hajah Mariam Bt Md Rejab yang mana bersara pada umur 56 tahun. Ia telah selamat diadakan pada 21 Julai 2014 di Dewan Seri Bestari SKTR. Selama 35 tahun berkhidmat sebagai pendidik di pelbagai sekolah dan negeri, akhirnya tibalah masa beliau bersara dari bidang pendidikan. Beliau yang lahir pada 22 Julai 1958 di Kampung Lenggong Perak telah mendapat pendidikan awal di Sk Lenggong, kemudian bersekolah di SM Dato Ahmad juga di Lenggong dan SMK Raja Chulan. Beliau kemudiannya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ipoh (Kini dikenali sebagai IPGM Kampus Ipoh).

Berikut adalah perjalanan kerjaya beliau sepanjang 35 tahun ini:

  1. SMK Dato' Ahmad, Lenggong, Perak (1979-1981)
  2. SM Bukit Payong, Jertih, Besut, Terengganu (1982)
  3. SK Amer, Besut, Terengganu (1983)
  4. SK Batu 38, Sabak Bernam, Selangor (1984-2005)
  5. SK Teluk Ru, Sabak Bernam, Selangor (2006-2014)

Di SK Teluk Ru, beliau dilantik menjadi GPK Ko-kurikulum dan kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi GPK HEM pada 2010 sehingga 2014.

Banyak kenangan suka duka, pahit dan manis sepanjang beliau bersama-sama berkhidmat dalam menaikkan nama sekolah yang tercinta. Untuk itu, sebuah lagu khas telah digubah oleh En Khalek dan dinyanyikan semasa majlis persaraan beliau.

Senandung Puan Mariam

Hadirmu ditunggu
Tiadamu semua merindu
Semua tertanya
Ke mana pergi gerangannya

PK HEM jawatanmu
Tetapi kami tahu
Bukan itu dikejarmu
Itu amanah di pundakmu

Setiap hari kau meronda
bertanya kedatangan
Mana kelas belum hantar
Lambat "key-in " nanti kena soal

Puan Mariam kami rindumu
kami akan kehilanganmu
yang patah kan tumbuh
yang hilang takkan sama

Puan Mariam Puan Mariam
Selamat bersama Puan Mariam
Jangan lupa ingat kami
Ingat kami selama-lamanya..

Sepeninggalan beliau, banyak nasihat dan pengalaman yang berguna telah diperolehi daripada beliau. Rajin-rajinlah jenguk kami di SKTR dan semoga Cikgu Mariam tidak lupa kepada kami di sini dan berbahagia di samping keluarga tersayang.

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walaupun jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan

Ketibaan yang dirai

Diberi sejambak bunga

Bersama-sama tetamu VIP

Bacaan Surah Al-Maryam oleh Cikgu Khalek

Persembahan murid lagu "Senandung Cikgu Mariam"

Ucapan En Abdullah Hassan B Hj Ikhsan, YDP PIBG

Ucapan yang dirai, Pn Hjh Mariam

Upacara penyerahan tugas
Tabung sumbangan buat rakyat Palestin turut diedarkan

Cikgu Mariam menyampaikan hadiah buat wakil murid Pra

Hadiah buat wakil murid PPKI

Hadiah buat murid Tahun 3

Hadiah buat murid Tahun 4

Hadiah buat murid Tahun 1

Cikgu Mariam menyampaikan hadiah kepada wakil murid Tahun 5

Cikgu Mariam menyampaikan hadiah kepada wakil murid Tahun 6

Hadiah Cikgu Mariam buat tetamu







Bersama mantan GB, Tn Hj Othman

Bersama mantan GB, Pn Hjh Normah Thanal Azian

Hadiah buat Tn Hj Akbar

Hadiah buat Tn Hj Mohd Zin







Plague Penghargaan daripada pihak SKTR

Plague perkhidmatan daripada PPD

Guru dan staf perempuan sedia di luar dewan

Murid-murid telah berbaris

Wajah emcee dan tenaga belakang tabir 

Sebelum melangkah pergi

Cikgu Mariam bertemu Cikgu Hajar

Cikgu Linda tidak dapat menahan sebak

Cikgu Aziah sayu dan hiba

Cikgu Lia sangat sedih

Salam terakhir murid buat guru tersayang

Tn Haji Ghazali juga bersalam dengan murid

Salam terakhir buatmu cikgu

Pemergian yang akan tinggal kenangan

Cikgu Mariam sempat memberi pesanan terakhir

Wajah sugul Cikgu Safari laksana tanda kesedihan semua warga SKTR

Lambaian terakhir buat warga SKTR

Berangkat pulang