Julai 25, 2014

Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah Nuzul Quran 1435 Hijrah

Pada tanggal 21 Julai yang lalu, bersamaan dengan 23 Ramadan 1435 H telah diadakan satu majlis berbuka puasa di dewan SKTR dan juga ceramah Nuzul Quran. Sebagaiman tahun sebelumnya, majlis ini adalah satu kewajipan bagi warga SKTR. Penceramah jemputan adalah seorang ustaz dari SK Dr Latiff iaitu Ust Fakhrudin Bin Abdul Rahman. Penyampaian beliau yang bersahaja membuatkan semua hadirin memberikan fokus dan kadangkala tertawa dengan jenaka yang diceritakan. Beliau juga mengingatkan supaya menambah pahala kerana bulan Ramadan yang mulia ini akan berlalu tidak lama lagi. Dan belum tentu kita akan bertemu lagi pada Ramadan yang seterusnya.

Secara ringkasnya, Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur selama 23 tahun. Turunnya Al-Quran daripada Sidratul Muntaha (tempat paling tinggi dan mulia di sisi Allah) ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam 17 Ramadan. Namun di dalam Al-Quran lebih kuat menyebut pada malam 21 Ramadan yang mana sama turunnya malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. Turunnya Al-Quran ini adalah sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW dan rahmat buat seluruh alam.

Beliau ada ditanya kenapa orang kini tidak mengikut panduan dan syariat yang digariskan di dalam Al-Quran?
Beliau menjawab bahawa Al-Quran merupakan petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan orang-orang yang bertaqwa itulah yang mendapat petunjuk Al-Quran. Jika seseorang itu tidak mengikuti Al-Quran, bukanlah dia dari golongan yang bertaqwa (rujukan boleh dilihat dalam Surah Al-Bakarah ayat 1)

Tn Hj Multazam menyampaikan saguhati kepada penceramah

Ust Fakhruddin sedang memberi ceramah

Kejutan buat Cikgu Mariam

Sambutan mini hari lahir Cikgu Mariam

Hadirin mendengar ceramah

Ketika solat Isya

Antara guru perempuan

Solat Tarawih & Witir berjemaah

Bacaan Yassin sebelum ceramah

Sebelum bacaan Yassin bermula

Solat berjemaah