Ogos 04, 2014

Majlis Khatam Al-Quran dan Ambang Syawal 1435 Hijrah

Pada penghujung hari persekolahan bulan Ramadan tahun ini iaitu tanggal 25 Julai 2014, panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu Majlis Khatam Al-Quran bertempat di dewan sekolah. Majlis ini bermula selepas rehat sehingga tamat waktu persekolahan. Bacaan surah lazim diperdengarkan oleh murid-murid Tahun 6 secara bergilir-gilir dengan pakaian yang serba indah. Alunan selawat nabi juga dibaca beramai-ramai tanda kesyukuran mengkhatamkan kitab Al-Quran selama di bulan Ramadan.

Program ini juga digabungkan dengan Majlis Penyerahan Bantuan Sumbangan Raya kepada murid yang miskin dan kurang berkemampuan. Kira-kira 15 orang murid telah dikenalpasti. Selain itu, Tuan guru besar telah berbesar hati menyumbangkan duit raya kepada semua murid. Bonus kepada murid juga apabila mantan GPK HEM iaitu Pn Hjh Mariam Bt Md Rejab juga memberikan duit raya kepada semua orang murid, melalui Tuan guru besar.

Penghujung majlis, murid-murid dan guru-guru mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya dan bermaaf-maafan. Semoga dengan kedatangan Syawal akan memberikan kegembiraan buat semua warga SKTR dan semoga amal ibadat warga SKTR di bulan Ramadan akan diterima oleh Allah SWT. Doa kami semoga kami dipertemukan dengan Ramadan yang akan datang. Insya Allah.

Majlis Khatam Al-Quran bermula

Para pentadbir turut serta

Murid memperdengarkan bacaan suci ayat Al-Quran

Tn Hj Multazam memberi ucapan perasmian penutup


Penyerahan cenderahati kepada murid Tahun 6




Sesi pemberian duit raya

Husna menerima duit raya

Ust Suhaili mengagihkan bunga telur

Murid mendapat bunga telur

Murid miskin menerima bantuan raya

Murid miskin menerima sumbangan raya

Cikgu Hajar membantu mengagihkan bantuan raya

Cikgu Shukri memberikan duit raya (daripada GB)

Cikgu Asri memberi duit raya (daripada Pn Hjh Mariam)


Guru-guru pun mahu duit raya !! Siap kotak lagi