Ogos 27, 2014

Tahniah Cikgu Azli dan Cikgu Siti Aminah

Pn Siti Aminah Hasna

Cikgu Azli

Pada 6 Ogos 2014 yang lalu bertempat di Dewan Al-Biruni SMKA Simpang Lima Sungai Besar, telah diadakan satu upacara penyampaian penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi seluruh penjawat awam di daerah ini. Pihak SKTR telah mencalonkan dua nama guru yang paling cemerlang iaitu Cikgu Azli Suradi dan Cikgu Siti Aminah Hasna bt Basar. Cikgu Azli mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatannya dalam bidang ko-kurikulum. Antara pencapaian yang dilakukan oleh beliau ialah perkembangan drastik dalam sukan boling tenpin (Juara 2013, Naib Juara 2014, wakil ke peringkat MSSS), sukan pingpong (Naib juara 2013 & 2014, wakil ke peringkat MSSS) dan juga sukan sepak takraw (tuan rumah 2012). Selain itu beliau juga mempunyai kesungguhan dan semangat waja dalam melatih murid dan banyak pengalaman dalam bidang sukan. Komitmen yang berterusan menjadikan bidang ko-kurikulum cemerlang. Banyak lagi pencapaian beliau yang tidak dinyatakan di sini. Bagi Cikgu Siti Aminah Hasna Bt Basar pula, pencapaian beliau dilihat dari pencapaian murid pra sekolah yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik. Sentiasa sabar dalam mendidik anak murid dan memberi komitmen yang baik.

Semoga SKTR sentiasa cemerlang dan terbilang pada setiap masa. Sekolah yang kecil tetap berbisa bak kecil-kecil cili padi. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Misi dan visi SKTR tetap akan didukung dengan wawasan yang jitu.

Tahniah juga buat Cikgu Azli kerana dinaikkan pangkat menjadi GPK Hal Ehwal Murid (HEM) pada 22 Julai yang lalu. Semoga unit HEM juga akan cemerlang di bawah Cikgu Azli.