September 02, 2014

Sambutan Aidilfitri 2014 (1435 Hijrah) & Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Satu sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada 15 Ogos 2014 bersamaan hari Jumaat. Bertempat di dewan sekolah, sambuitan ini diadakan bagi merayakan bulan Syawal yang mulia di samping mengukuhkan ikatan silaturrahim di antara warga sekolah. Biarpun sambutannya sederhana, namun ia tetap meriah apatah lagi digabungkan dengan pelancaran Bulan Kemerdekaan. Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah "Di sini Lahirnya Sebuah Cinta".

AJK sambutan telah bersiap sedia dengan menu masing-masing seperti sate, lontong, kuah kacang, kuah lodeh, spagetti, laksa dan kuih-muih. Adapun yang paling istimewa ialah lontong daun pisang. Lontong ini dibuat dan dimasak di dalam daun pisang. Namun ramuannya tetap sama seperti ketupat pisang. Tetapi hasilnya berbeza kerana dimasak dalam air mendidih selama 8 jam. Rasanya enak dan lembut serta berbau harum. Cikgu Azli telah berbesar hati membuat sarung pisang tersebut dan di sekolah, staf dan guru bersama-sama mengisinya. Satu pengalaman baru yang unik.

Manakala pengisian program bulan kemerdekaan telah dirancang oleh setiausaha program iaitu Cikgu Khalek. Antaranya ialah :
1. Nyanyian lagu patriotik
2. Pameran Kemerdekaan
3. Pertandingan Foto Kemerdekaan
4. Pertandingan Melukis dan mewarna Bunting
5. Kembara Merdeka keliling kampung
6. Pertandingan Mewarna / Melukis Poster

Berikut adalah foto program:

Pakar sedang teliti amaun beras

Pakar mengisi beras

Kelas mengisi beras

Senyum jangan tak senyum

Wes mateng ke wak

Sesudah masak

Ceria di pagi hari

Pelbagai Kuih muih

Menu raya

Laksa lazat

Nasi impit sedia disirami kuah kacang

Lontong daun pisang yang lazat

Acara penyerahan bendera

Simbolik kemerdekaan

Antara guru yang hadir

Ucapan perasmian oleh tuan guru besar

Murid mengaminkan doa selamat