September 02, 2014

Program Ukhuwah Baraan Syawal PPKI

Pada bulan Syawal yang lalu, pihak PPKI SKTR telah mengadakan Program Ukhuwah Baraan Syawal. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara tidak langsung kepada murid PPKI tentang adab sopan dan nilai-nilai murni ketika berkunjung dan ziarah ke rumah sanak saudara dan juga teman handai. Program ini juga berkonsepkan sebagai PdP di luar kelas kerana pelaksanaannya sama seperti di dalam kelas dan ini merupakan salah satu modifikasi PdP yang menyumbang kepada pembinaan modal insan secara tidak langsung. Elemen yang diterapkan adalah salah satu cabang objektif dan falsafah pendidikan khas iaitu berdikari. Selain itu, memahami budaya dan amalan hormat-menghormati juga ditekankan bagi menjayakan program ini.

Pihak PPKI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir yang menyokong penuh misi dan visi PPKI. Tanpa penglibatan pihak pentadbir, mustahil aktiviti sebegini dapat dijalankan dengan lancar. Semoga dengan kejayaan program ini dapat menjadi batu aras kepada program PPKI yang akan datang.

Foto program:

Rumah murid Amirul Mukminin


Rumah murid Fajarlina

Rumah murid Fahmi

Rumah murid Adam

Rumah murid Nazlin, Nazri dan Annur

Rumah murid Aina 

Rumah murid Faizul Amin

Rumah Aqmar dan Najwa

Rumah Putera Iskandar

Rumah Cikgu Asri

Rumah murid Aidil


Rumah Cikgu Syikin