November 20, 2014

Aktiviti Post UPSR 2014

Setelah semua pihak berhempas pulas (terutamanya murid Tahun 6) dalam menjayakan peperiksaan UPSR yang lalu, murid Tahun 6 menjalankan aktiviti Post UPSR yang diselitkan bersama waktu PdP mereka yang diubahsuai. Subjek tertentu diselaraskan mengikut aktiviti dan kemahiran yang ingin diterapkan. Banyak aktiviti yang disusun dan dirancang oleh guru-guru supaya murid mendapat manfaat dan impak yang berkesan bagi setiap aktiviti.

Murid Tahun 6 didedahkan kepada aktiviti masakan, pertandingan Boling, susun atur ruang, kemahiran berfikir, persiapan khemah dan lain-lain. Aktiviti dipecahkan kepada dua kaedah iaitu secara lisan dan amali. Kaedah lisan yang digunakan seperti penerangan teori, tayangan video dan soal jawab. Manakala kaedah amali menerapkan aktiviti praktikal dan penglibatan setiap murid sama ada secara individu dan berkumpulan.

Aktiviti berkumpulan

Aktiviti masakan

Choral speaking (ehh..)

Perkhemahan Murid Peringkat Daerah

Masak Nasi goreng Al-Sedapi

Pertandingan Boling di Kuala Selangor

Pemenang yang gembira

Calon peserta MSSD & MSSS Tahun depan

Calon MSSD & MSSS juga ni

Pemain import