Disember 01, 2014

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2014

Majlis rasmi Anugerah Cemerlang 2014 telah pun selamat melabuhkan tirainya. Majlis yang berlangsung pada hari Rabu bersamaan 19 November 2014 itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Kamarol Zaki Bin Haji Abdul Malik. Antara jemputan lain ialah ibubapa murid-murid SKTR yang bersama-sama memeriahkan majlis. Semestinya persembahan selingan menjadi tumpuan dek kerana kelainan dan keunikannya.

Penyampaian Hadiah adalah seperti berikut:

  • Kedudukan dalam Kelas
  • Mata Pelajaran Terbaik
  • Anugerah Peningkatan Prestasi LINUS
  • Anugerah Peningkatan Prestasi Peperiksaan 
  • Anugerah Kehadiran Penuh
  • Anugerah Ketrampilan Diri


Penyampaian Hadiah Pra Sekolah:

  • Hadiah Pra Sekolah 2014
  • Murid Cemerlang Pra Sekolah Lelaki/Perempuan
  • Sijil Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas


Penyampaian Hadiah dan Sijil

  • Sijil Pengawas Sekolah
  • Sijil Pengwasa Pusat Sumber
  • Sijil Pengawas Makmal Komputer
  • Anugerah NILAM


Penyampaian Hadiah yang berikutnya:

  • Majlis Graduasi Tahun 6
  • Anugerah Khas Tokoh Kurikulum 2014
  • Anugerah Khas Tokoh Kokurikulum 2014
  • Anugerah Khas Tokoh Murid 2014
  • Anugerah Khas Tokoh Murid Pendidikan Khas 2014

Persembahan selingan pada kali ini ialah daripada mutid Tahun 1 dengan Lagu "Selamat Pagi" beserta instrumen muzik yang dimainkan sendiri. Murid PPKI juga tidak ketinggalan dengan tajuk persembahan "Boria Suka Hati" dan juga murid Tahun 5 dengan persembahannya "Lagu Pontianak".

Anugerah Khas Tokoh Kurikulum
Iffah Izzati Bt Yahya - Tahun 6

Anugerah Khas Tokoh Kokurikulum
Siti Nur Aishah Bt Ahmad Affandi - Tahun 6

Anugerah Khas Tokoh Murid
Muhammad Ammar Asyraf Bin Zamhadi - Tahun 6

Anugerah Khas Tokoh Murid Pendidikan Khas
Nur Aina Sofia Bt Adam - BP1 Cemerlang

Semoga dengan majlis Anugerah Kecemerlangan ini dapat memberi impak yang mendalam kepada murid-murid supaya terus mencipta kejayaan dan kegemilangan pada masa akan datang.

YB Tn Hj Kamarol Zaki tiba

Barisan VIP

Hadirin bangun menyanyikan lagu Negaraku

Antara ibubapa yang hadir

Ust Fauzi mengetuai bacaan doa

Bunting Majlis

Ucapan oleh En Abdullah Hassan, YDP SKTR

Ucapan oleh Tn Hj Mohd Multazam, GB SKTR

Berdoa untuk P.A sistem yang lebih efisyen

Perjumpaan ibubapa-guru kelas

**apa ya yang digosipkan tu**

Cikgu Kamal memantau perjalanan majlis

Ucapan YB Tn Hj Kamarol Zaki

Emcee yang diimport khas dari luar negeri

Ibubapa yang turut hadir

AJK Pengurus Murid sedang bertugas (Seriusnya)

Bapa-bapa dan ibu-ibu

Penyampaian hadiah oleh YDP PIBG

Persembahan murid

Penyampaian hadiah oleh YB Tn Hj Kamarol Zaki

Graduasi Tahun 6

Nak ambil hadiah ye ecah..?

Buah tangan untuk ibubapa

Teacher Ammu juga memberikan buah tangan

Suasana selepas tamat majlis

Bakal Emcee tahun 2015

**Nota: Kepada murid yang ingin memuat turun gambarnya boleh berjumpa dengan Cikgu Solehan