Disember 01, 2014

Majlis Konvokesyen Pra Sekolah 2014

Pada hari Selasa 18 November 2014 telah diadakan satu majlis graduasi iaitu Majlis Konvokesyen Pra Sekolah bagi Zon Sungai Air Tawar. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tn Hj Kamarol Zaki Bin Hj Abdul Malik (PJK), ADUN Sungai Air Tawar. Murid seramai 11 orang yang terdiri daripada 5 lelaki dan 5 perempuan telah berjaya mendapat skrol prasekolah mereka. Murid diiringi oleh Guru prasekolah itu sendiri iaitu Pn Salisah Bt Shafiai dan PPM iaitu Pn Siti Aminah Hasna Bt Basar.

Majlis berlangsung pada jam 9.00 pagi dan diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar. Semoga dengan konvokesyen ini akan membakar semangat murid untuk terus belajar dan terus menempa kejayaan pada masa akan datang, Insya Allah.

Buku Program

Prasekolah sesi 2014

Murid cemerlang Pra Kategori Perempuan

Susasana majlis

Murid Cemerlang Pra Kategori Lelaki