November 27, 2014

Majlis Persaraan En Saari Bin Kadir

Pada tanggal 14 November 2014 merupakan hari yang sayu bagi warga SKTR. Ini kerana pada hari tersebut seorang warga SKTR telahpun bersara dan meninggalkan SKTR. Beliau ialah En Saari Bin Kadir atau lebih dikenali sebagai Lek Saari. Beliau merupakan pekerja awam rendah (PAR) dan telah berkhidmat di SKTR selama 15 tahun. Beliau merupakan seorang yang bersederhana dalam apa jua keadaan. Juga seorang yang berdedikasi dan humor.

Tarikh 30 Oktober 2014 merupakan tarikh rasmi beliau bersara dan warga SKTR merasakan kehilangannya. Lebih-lebih lagi dia tiada galang gantinya. Majlis yang gemilang tetapi sederhana adalah sebagai meraikan jasa khidmatnya dan juga sebagai ahli keluarga SKTR. Biarpun beliau tidak meminta namun hanya inilah yang SKTR dapat berikan buat kali terakhir.

Kami mendoakan beliau sentiasa sihat walafiat dan bergembira selalu di samping keluarga tercinta. jangan lupakan kami di sini dan semoga kita akan berjumpa lagi di lain waktu dan ketika. Doakan SKTR terus cemerlang dan gemilang kini dan selamanya.

Ketibaan yang dirai

Diapit oleh Guru Besar dan Pegawai PPD

Persembahan daripada rakan guru

Gambar kenangan

Salam terakhir

Terima kasih En Saari

Senyuman sentiasa terukir

Hadiah buat teman lama

Plak penghargaan untuk beliau

Hadiah buat kawan

Bersama rakan lama Tn Hj Akhbar

Sijil Penghargaan dari PPD

Wakil murid

Wakil guru - En Helmy

Bersama sahabat lama