Januari 18, 2015

Majlis Suai Kenal Bersama Ibubapa Pra sekolah 2015

Pada 13 Januari yang lalu, satu majlis ringkas telah diadakan di kelas pra sekolah. Majlis suai kenal bersama ibubapa pra sekolah ini bertujuan memberikan maklumat dan info sekolah secukupnya kepada ibubapa yang baru mendaftarkan anak mereka. Biarpun angka yang mendaftar tidak banyak, namun majlis ini tetap diadakan sebagai Standard of Procedure (SOP) SKTR.

Antara maklumat yang disampaikan ialah misi dan visi sekolah, budaya sekolah, objektif dan matlamat pra sekolah, waktu persekolahan dan lain-lain perkara yang berkaitan. Ibubapa digalakkan untuk bertanya sekiranya terdapat masalah ataupun perkara yang kurang jelas. Ibubapa boleh merujuk guru dan ppm pra sekolah, GPK HEM dan juga Guru Besar.

Berikut adalah foto majlis.

Murid-murid sedang menunggu kedatangan ibubapa

Doa dipohon bagi kelancaran majlis

Antara ibubapa yang hadir


Pamplet majlis