Januari 12, 2015

Majlis Perpisahan Cikgu Hanis

Pada 2 Januari yang lalu iaitu bersamaan hari Jumaat, satu majlis perpisahan telah diadakan di dewan sekolah bagi mengenang jasa dan bakti Cikgu Mohd Hanis Bin Kamarun Bahrin. Beliau telah berkhidmat di SKTR selama 3 tahun. Selepas ini beliau akan menyambung khidmat baktinya di sekolah yang baru iaitu SMK Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, Selangor. Walaupun sedih kerana telah serasi di SKTR, namun beliau terpaksa berpindah sekolah demi menjamin masa depan keluarga yang lebih memerlukan perhatiannya.

Kami warga SK Teluk Ru mendoakan segala yang terbaik buat Cikgu Hanis. Semoga bertemu lagi di lain waktu dan ketika dan janganlah lupakan kami di sini. SKTR kekurangan seorang guru CPD PPKI kerana beliau adalah guru opsyen tersebut.

Selamat bertugas di sekolah baru dan semoga sukses selalu !!!

Cikgu Asri sebagai emcee majlis

Antara rakan guru yang hadir

Suasana di dewan bestari

Kesugulan jelas di wajah guru perempuan

Jamuan tersedia


Guru besar sedang menyampaikan amanat buat Cikgu Hanis


Sepatah dua kata dari cikgu Hanis

Tanda ingatan dari warga SKTR