Januari 12, 2015

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2015 & Tahlil Ringkas

Pada 29 Disember 2014, telah diadakan mesyuarat guru kali pertama bagi tahun 2015. Biarpun belum memasuki tahun 2015, namun mesyuarat ini adalah penting bagi perancangan dan pelaksanaan 2015. Sebelum mesyuarat dimulakan, Tuan Guru Besar telah menjemput semua guru Islam untuk membacakan tahlil ringkas bagi dikirimkan pahalanya kepada Allahyarhamah Cikgu Siti Hajar B Hawa yang telah kembali ke Rahmatullah pada 10 Disember 2014. Majlis tahlil diketuai oleh Ust Mohd Fauzi Bin Selamat.

Selesai tahlil ringkas, mesyuarat diteruskan dengan perkara seperti berikut:
1. Penerimaan calon penganugerahan perjanjian Baiah.
2. Enam Aspirasi Pendidikan Negara
3. Misi dan visi
4. Pelantikan Cikgu Asri sebagai setiausaha baru PIBG
5. Pelantikan Ust Mohd Fauzi sebagai bendahari baru PIBG
6. Pengurusan Fail Panitia

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.