Dasar kerajaan yang prihatin iaitu bantuan awal persekolahan RM100 diberi kepada setiap murid yang bersekolah di negara ini. Pada hari Rabu bersamaaan 14 Januari 2015, satu majlis ringkas di Dewan Bestari SKTR telah dilaksanakan bagi mencapai matlamat murni tersebut. Setiap ibubapa / penjaga yang hadir dimestikan membawa IC bagi tujuan rujukan. Kegembiraan terpancar di setiap wajah ibubapa dan diharapkan dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban dalam menyediakan kelengkapan dan keperluan persekolahan anak mereka.
Kepada murid-murid SKTR, semoga kamu terus berjaya dan cemerlang di sekolah ini dan jangan hampakan harapan ibubapa kamu !!! ALL THE BEST !!