Februari 16, 2015

Lawatan Penanda Aras ke SK Tanjung Jawa

Pada 30 Disember 2014, pihak sekolah telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke SK Tanjung Jawa. Lawatan ini diketuai oleh tuan Guru Besar iaitu Tn Hj Mohd Multazam Khair b Mohd Affandi. Tujuan lawatan ini adalah untuk bertukar-tukar pendapat dan cara kerja berkaitan Pemantauan Nazir Perjanjian Baiah. SKTR telah menerima pencalonan Baiah untuk tahun 2014. Oleh itu amat penting sistem fail yang lengkap dan terkini yang mematuhi format dari KPM.

Semua guru SKTR terlibat dalam lawatan ini dan konvoi telah tiba di SK Tanjung Jawa pada jam 10.30 pagi. Konvoi telah disambut oleh GB SK Tanjung Jawa iaitu Tn Hj Jamil bin Rahim. Namun begitu beliau mohon diri sebentar kerana sedang bermesyuarat. Setelah selesai, kami terus dibawa ke bilik fail dan juga persekitaran sekolah. Pesan Tn Hj Jamil, sediakan senarai semak nazir dan segala dokumen yang diminta. Setelah selesai, semua guru pulang ke rumah masing-masing.

Semoga dengan lawatan ini, ianya dapat membantu SKTR dalam membuat persiapan dalam pemantauan nazir Baiah nanti.

Terima kasih diucapkan kepada pihak SK Tanjung Jawa kerana sudi menerima kunjungan kami.









Penerangan oleh Tn Hj Jamil (GB SKTJ)

Antara guru SKTR yang turut serta

Perbincangan sistem fail

Tukar idea sesama rakan