Pada 2 Februari 2015, satu majlis Pelantikan Pengawas Sekolah bagi sesi 2015 telah dilaksanakan semasa perhimpunan mingguan sekolah. Seramai 9 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan telah dipilih dari segi akademik dan sahsiah. Jumlah keseluruhan adalah 20 orang pengawas. Pemilihan telah dibuat dan diputuskan dalam mesyuarat badan disiplin sekolah bilangan 4/2014. Watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn Hj Mohd Multazam Khair Bin Mohd Affandi. Semoga dengan pelantikan ini, para pengawas sesi baru ini dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Bacaan ikrar pengawas
Selepas majlis watikah