Februari 16, 2015

Lawatan Nazir KPM - Pencalonan Baiah

Pada 27 Januari 2015, pihak SKTR telah menerima kunjungan kumpulan Nazir KPM yang diberi tugasan memantau sekolah bagi Pencalonan Baiah. Kumpulan nazir tersebut tiba tepat jam 8.00 pagi dan dianggotai oleh tiga orang pegawai iaitu Dr. Sharifah Fetom Bt Sted Zain (Ketua), Tn Hj Mohd Fuad Razali, dan Tn Hj Zolkapli Baharom. Kedatangan mereka disambut oleh Tuan Guru Besar dan sebahagian PK.

Pemeriksaan dokumen terdiri dari semua bahagian dan unit. Sistem fail juga diperiksa mengikut senarai semak KPM. Pemantauan PdP juga dilakukan bagi memastikan SKTR layak untuk mendapat Baiah. Kelas yang dicerap adalah kelas Bahasa Melayu dan juga Matematik. Selain itu, pemeriksaan dari bilik ke bilik juga dibuat. Nazir melawat program pra sekolah dan juga PPKI. Tidak lupa juga kawasan persekitaran sekolah.

Setelah semua pemeriksaan dan pemantauan selesai, majlis penutup diadakan bagi memberi maklum balas dan keadaan sekolah. Namun begitu, keputusan perlu ditunggu dan akan diumukan oleh KPM sendiri. Para nazir mendoakan yang terbaik untuk SKTR dan mengucapkan ribuan terima kasih atas layanan baik pihak sekolah.

Semoga SKTR beroleh Baiah. SKTR Bolehhhh !!!

Gambar kenangan

Taklimat oleh Jemaah nazir

Senarai semak

Barisan hadapan SKTR sedang berjuang

Jemaah nazir KPM

Pemantauan persekitaran sekolah

Pencerapan kelas

Kelas yang dipantau

Cikgu Maliza tekun mengajar

Pencerapan kelas

Sir Helmy gigih dan bersemangat

Tinjauan ke Blok PPKI

Tinjauan ke Blok Pra sekolah

Ucapan penutup oleh Dr. Sharifah Fetom

Ucapan balas Tn GB