Mac 03, 2015

Sambutan Maulud Nabi 1436 Hijrah

Pada 9 Januari 2015 yang lalu, unit Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan ceramah sempena Maulud Nabi S.A.W. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ust Mohd Fauzi Bin Selamat. Sasaran Slot tersebut ialah semua warga SKTR terutamanya murid-murid. Ini supaya murid-murid dapat menghayati dan memahami peristiwa Maulud dengan baik. Ceramah telah diadakan di dewan sekolah dan seperti biasa kuiz akan diajukan kepada murid dan murid yang dapat menjawab akan menerima hadiah misteri daripada Panitia Pendidikan Islam.

Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Tahniah kepada panitia P.Islam yang berjaya melaksanakan program ini.

Ust Mohd Fauzi sedang menyampaikan ceramah

Ceramah baru bermula


Murid tenang mendengar ceramah