Mac 03, 2015

Kejohanan Boling Tenpin MSSD & MSS Selangor

Seperti biasa sejak tahun 2010 SKTR akan menghantar pasukan boling untuk memenangi gelaran juara daerah. Kejohanan Boling Tenpin MSSD Sabak Bernam telah diadakan pada 19 Januari 2015 di Pusat Boling Setia City Mall, Setia Alam, Selangor. Biarpun perjalanan mengambil masa  selama 3 jam dari Sabak Bernam, ia tidak mematahkan semangat pasukan boling sekolah. Pada sesi kali ini, SKTR akan bertemu dengan pasukan daripada SK Parit Enam, Sungai Besar. Pasukan sekolah diiringi oleh guru dan jurulatih iaitu En Ahmad Kamal (PK Koku), En M.Solehan dan Pn Nor Aziah (jurulatih).

Perlawanan yang penuh debaran dan sabar dilalui membuahkan hasil apabila pasukan SKTR diumumkan sebagai juara keseluruhan. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Peg.PPD Sabak Bernam, Tn Hj Mokhtar Bin Manijo.

Berikut adalah keputusan kejohanan.

Johan Keseluruhan - SKTR

Kategori Kumpulan
- Johan (P)
- Naib Johan (L)

Kategori Beregu
- Johan (P)
- Naib Johan (P)
- Naib Johan (L)
- Ketiga (L)

Kategori Individu
- Johan (P) - Nor Firzan Qistina Bt Amran
- Naib Johan (P) - Husna Nur Amani Bt Ahmad Puzi
- Ketiga (P) - Siti Adilah Aqilah Bt Kusrin
- Ketiga (L) - Mohd Afif Irfan Bin M. Khairuddin

Seramai 5 orang murid SKTR dipilih mewakili daerah dan bertanding di peringkat MSS Selangor pada 9-12 Februari di Sunway Pyramid, Subang Jaya. Murid tersebut ialah:

1. Nor Firzan Qistina Bt Amran
2. Husna Nur Amani Bt Ahmad Puzi
3. Siti Adilah Aqilah Bt Kusrin
4. Mohd Afif Irfan Bin M. Khairuddin
5. Mohd Fariz Izwan bin Mohd Fitri

Pencapaian terbaik individu (L) yang dapat dicapai semasa kejohanan MSS Selangor ialah
- M. Afif Irfan (tempat ke 32)
- M. Fariz (tempat 33) daripada 44 peserta.

Pencapaian terbaik individu (P) yang dapat dicapai semasa kejohanan MSS Selangor ialah
- Nor Firzan Qistina Bt Amran (tempat ke 26)
- Husna Nur Amani Bt Ahmad Puzi (tempat ke 40)
- Siti Adilah Aqilah Bt Kusrin (tempat ke 41)

Bagi kategori beregu dan berkumpulan, kontijen B12 Sabak Bernam konsisten berada pada tempat 40 hingga terakhir. Penurunan prestasi yang ketara mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kepenatan, kecederaan dan juga mentaliti pemain yang masih kurang mantap. Walau bagaimanapun mereka telah berjuang dengan sehabis boleh. Tn Hj Mohd Multazam Khair juga telah hadir di Sunway Pyramid bagi memberikan sedikit "ole-ole" atas usaha keras mereka.

Diharap dengan peserta yang masih ada pada 2016 dan juga murid pelapis, SKTR akan terus cemerlang dalam bidang sukan berprestij ini.

Foto Sekitar Kejohanan MSSD

Baru tiba di Setia City Mall

En Kamal (PK Ko-ku) dan Pn Aziah bergambar dengan pasukan SKTR

Balingan sulung

Suasana di tempat perlawanan

Acara penyampaian hadiah












Penerangan oleh Pengurus pasukan

Foto Sekitar MSS Selangor

Pasukan boling (P)


Merawat kecederaan rakan sepasukan

Keputusan perlawanan






Penyampaian Sijil oleh Ketua Kontijen

Sijil Penyertaan MSSS


Berehat di Lounge boling