Mac 03, 2015

Kejohanan Pingpong MSSD & MSS Selangor 2015

Pada 28 dan 29 Januari yang lalu, SKTR telah dipilih menggantikan SK Tebuk Jawa menjadi tuan rumah sukan pingpong peringkat MSSD B12 Sabak Bernam. Biarpun bergelut dengan persiapan pemantauan Baiah, namun SKTR tetap komited dalam menjayakan sukan ini dengan kerjasama dan komitmen semua warga SKTR dan juga AJK pelaksana. Berlangsung selama 2 hari, SKTR menerima kunjungan dari semua sekolah SK di daerah Sabak Bernam. Perlawanan telah ditetapkan di dua tempat iaitu di dewan sekolah (bagi perlawanan kategori perempuan) dan di blok kelas Tahun 1 dan 2 (bagi kategori lelaki).

SKTR sendiri menghantar wakil pasukan, beregu dan juga individu untuk berentap pada edisi kali ini. Peserta SKTR beraksi cemerlang apabila memenangi tempat ketiga bagi kategori individu bukan cina (Lelaki) dan sekaligus terpilih menjadi wakil daerah.

Setelah selesai kejohanan, SKTR memikul tanggungjawab tuan rumah untuk membawa kontijen Pingpong Sabak Bernam ke Kejohanan MSS Selangor di Kuala Langat, Selangor. Perlawanan peringkat MSSS berlangsung pada 9 hingga 12 Februari 2015. Kontijen terdiri daripada Tn Guru Besar, guru-guru SKTR, pegawai teknik dan guru-guru pengiring.

Foto sekitar Pingpong MSSD

Pasukan pingpong SKTR

Sesi pemanasan badan

Para pengadil

Peserta dari SJKC

Guru dan AJK kejohanan

Perlawanan dimulakan

Sesi pendaftaran

PPKI menbuat jualan gerai 

Urusetia Perlawanan Lelaki

Carta Perlawanan

Danish Hakim - Peserta dari SKTR

Suasanan perlawanan

Urusetia Perlawanan Perempuan

Foto Sekitar Pingpong MSSS

Penginapan kontijen Sabak Bernam

Hari pertama sebelum perlawanan

Tn Guru Besar hadir memberi sokongan

Hari Kedua sebelum perlawanan