Mac 03, 2015

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah & MSSD

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada 21 Januari yang lalu. Ia melibatkan seluruh murid tahap dua dan diadakan pada waktu Gerko. Kejohanan ini dijalankan sebagai memenuhi takwim sukan dan ko-kurikulum sekolah. Ia juga sebagai platform pemilihan untuk wakil sekolah pergi ke peringkat MSSD. Bermula pada jam 5.00 petang dan tamat sehingga larian murid yang terakhir. Laluan larian juga masih sama iaitu daripada pintu pagar sekolah hingga depan Masjid Kg Teluk Ru dan kemudian berpatah balik hingga ke sekolah semula. Laluan tersebut adalah yang paling selamat dan dipersetujui dlam mesyuarat Kokurikulum Bil 1/2015 yang lalu.

Keputusan Kategori Lelaki :

1. Ahmad Noor Aiman (BP1)
2. M. Adam Mirza Aqif (BP2)
3. M. Zikri Bin Suhaili (T4)

Keputusan Kategori Perempuan :

1. Ainol Balkis Bt Zakaria (T4)
2. Nurul Najwa Bt Sarwani (T4)
3. Nur Alia Fitrisha Bt M.Yassin (T5)

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Ahmad Kamal Bin Sidik, PK Kokurikulum SKTR. Hadiah berupa botol air kepada semua pemenang pada kejohanan kali ini. Botol air sebagai simbolik dan galakan kepada murid supaya banyak minum air selepas bersukan.

Peringkat MSSD telah diadakan di SK Seri Sekinchan pada 30 Januari 2015. Pencapaian terbaik SKTR ialah di tempat ke 84.

Foto sekitar kejohanan peringkat sekolah :



Keputusan Lelaki

Keputusan Perempuan
























Foto sekitar MSSD di SK Seri Sekinchan