Mac 05, 2015

Pelancaran Program NILAM 2015

Pada 16 Februari yang lalu, Pusat Sumber SKTR telah melancarkan Program NILAM 2015 semasa perhimpunan mingguan. NILAM merupakan singkatan bagi nadi ilmu amalan membaca. Sebagai pembukaan upacara, murid Tahun 2 Hanifah Syaza telah menyampaikan sebuah cerita. Seterusnya perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Multazam Khair Bin Mohd Affandi. Penyampaian buku NILAM kepada guru-guru kelas juga telah dilaksanakan oleh tuan Guru Besar. Program ini akan berjalan sepanjang tahun dan murid akan diberikan hadiah atas rekod bacaan yang paling banyak. Pusat sumber sekolah juga menyumbangkan "button smiley" kepada semua pengawas pusat sumber sebagai galakan mereka sentiasa memberikan senyuman ketika bertugas mahupun di luar pusat sumber. :)

Dengan itu para guru hendaklah memberikan galakan dan bimbingan kepada murid supaya ilmu pengetahuan murid bertambah melalui bacaan bahan ilmiah.

Syaza menyampaikan sebuah cerita

Penyampaian buku NILAM






Penyerahan Button Smiley

Simbolik perasmian

NILAM