Mac 05, 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 29

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 29 telah selamat dilaksanakan pada 27 Februari 2015 bersamaan Jumaat 8 Jamadil'Awal 1439H. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tn Hj Kamarol Zaki Bin Hj Abd Malik, ADUN Kawasan Sg Air Tawar. Mesyuarat diadakan di dewan Seri Bestari SKTR. Pada edisi kali ini, kira-kira enam puluh orang penjaga telah hadir. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Abdullah Hassan Bin Hj Ikhsan. Sidang AJK yang lalu dibubarkan dan lantikan AJK baru telahpun dilakukan.

Berikut adalah senarai AJK yang baru :

Yang Dipertua PIBG
En. Abdullah Hassan Bin Hj Ikhsan

Naib Yang Dipertua
Tn Hj Najib Bin Saat

Ahli Jawatankuasa
Pn Mazni Munira
En. Zainuddin Bin Selamat
En. Sudarta Bin Amnan
Pn Nor Azizah Bt Mohd Zaini
En. Saiful Bahri
Pn Pressana

Minit mesyuarat yang lalu dibacakan oleh setiausaha iaitu En Muhamad Asri. Pembentangan kewangan dibacakan oleh Ust Mohd Fauzi.

Antara usul baru yang dicadangkan oleh ibubapa ialah:

1. Pihak sekolah memasang "water-cooler" di blok kelas sebagai galakan kepada murid untuk meminum banyak air kosong. 

2. Meletakkan kon keselamatan di tepi jalan raya pada waktu pagi. Ini akan memastikan keselamatan ibubapa yang menghantar anak-anak mereka memandangkan jalan tersebut adalah jalan utama kenderaan. 

3. Melibatkan kerjasama ibubapa dalam program sekolah (yang melibatkan ibubapa spt sukan, sambutan hari raya). Ia merupakan SARANA.

4. Menjadikan AJK PIBG sebagai orang tengah di antara pihak sekolah dan ibu bapa. 

Senarai AJK dari kalangan guru akan diputuskan oleh pentadbir sekolah bagi memendekkan masa mesyuarat. Mesyuarat tamat pada jam 5.30 petang. Tidak lupa juga ole-ole buat ibubapa yang telah hadir bermesyuarat.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Sesi pendaftaran

Banner Mesyuarat

Kedatangan YB Kamarol Zaki

Tetamu VIP

Bacaan doa

Pengacara majlis

Ucapan YDP

Ucapan Tn Guru Besar

Ucapan Yang Berhormat

Ole-ole girls

Gerai mini

Suasana di dewan

Penyampaian hadiah buat bekas AJK














Cenderahati buat Yang Berhormat

Mesyuarat dimulakan

Para ibu

Para bapa

Kudapan petang

Sokongan oleh para ibu

Panel mesyuarat

Buah tangan untuk ibubapa