Untuk makluman, majlis ini juga merupakan acara tahunan bagi Badan Kebajikan SKTR (BAKSTER). Dana yang dikutip setiap bulan RM10 ( mulai 2015, dahulu RM5) ini digunakan sebaik-baiknya demi kepentingan manfaat ahli badan khususnya.
Antara faedah untuk ahli BAKSTER:
1. Sumbangan Khairat kematian
2. Sumbangan guru & staf bersara / berpindah
3. Sumbangan guru & staf berkahwin (kali pertama sahaja)
4. Sumbangan guru & staf sakit yang ditahan wad hospital
5. Hadiah Cenderahati Tahunan
6. Jamuan
Pada majlis kali ini,Tn Hj Mohd Multazam Khair, telah berbesar hati memberikan sumbangan peribadi buat semua ahli BAKSTER, selain hadiah yang disediakan oleh badan. Acara bertukar-tukar hadiah juga diadakan dalam suasana yang meriah dan mesra. Di samping itu slot tayangan video sempena Hari Guru telah dijalankan. Terdapat gangguan teknikal semasa slot tayangan video. Namun begitu maslah tersebut dapat diatasi dan tayangan dapat diteruskan.
Harapan BAKSTER agar semua pihak berpuas hati dengan program Annual Dinner pada kali ini. Pihak AJK BAKSTER sentiasa akan menerima cadangan dan pandangan semua ahlinya demi memperbaiki kelemahan pada masa akan datang. Semoga semua ahli dapat terus memberikan komitmen dan kerjasama yang baik dalam aktiviti yang mendatang.
Foto Annual Dinner 2015:
Wajah ceria sebelum menjamu selera
Khusyuk sampai menunduk
Penyampaian sijil perkhidmatan 2014
Tahun depan nak lagiii