Jun 19, 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015

"Guru : Pembina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"

18 Mei yang lalu, SKTR telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Uniknya, seluruh negeri menyambut hari keramat ini serentak pada hari yang sama. Bertemakan "Back To School" di mana semua guru dan kakitangan memakai pakaian sekolah seperti pada suatu ketika dulu. Tema unik ini mendapat sambutan daripada semua guru dan pentadbir.

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, sambutan diadakan di dewan sekolah. Selepas nyanyian lagu lagu patriotik dan lagu Hari Guru, bacaan perutusan Hari Guru oleh Tuan  Guru Besar mengambil tempat.

Sambutan berjalan lancar hingga ke akhir program yang diiringi dengan lakon semula watak guru ketika berada di zaman persekolahan dan beberapa permainan dalaman "indoor games". Mari kita lihat suasana hari guru SKTR dalam foto di bawah.


Wajah ceria guru PPKI

Bergambar dengan mumia murid

Lakon-semula watak zaman persekolahan

SKTR Ceria !!!