Jun 18, 2015

LaDaP Penilaian Bersepadu Pegawai Pendidikan (PBPP)

Satu sesi Ladap telah diadakan pada hari Rabu 20 Mei 2015. Ladap yang bertajuk Penilaian Bersepadu Pegawai Pendidikan (PBPP) telah mengambil tempat di Makmal Komputer SKTR. Tuan Guru Besar, Tn Hj Mohd Multazam Khair B. Mohd Affandi sebagai penceramah memandangkan beliau mendapat mandat dalam menyampaikan Ladap tersebut.

Banyak input dan maklumat yang disampaikan demi memastikan semua guru yang hadir dapat memahami dan seterusnya mengadaptasi maklumat yang diperolehi ke dalam bidang kerja masing-masing. Topik utama dalam slot Ladap tersebut ialah :


  • Latar Belakan PBPPP
  • Jawatankuasa PBPPP
  • Pegawai Penilai (PP) & Pegawai Yang Dinilai (PYD)
  • Instrumen & Skor

Petikan ucapan Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, YAB Perdana Menteri Malaysia;

"PTK digantikan dengan penilaian baharu yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA"

Sumber : Majlis Perdana Perkhidmatan Awam  ke-12, 21 Mac 2011

Antara slide taklimat







Antara foto semasa Ladap tersebut;

Tekun mendengar taklimat

Tn Hj Multazam sedang menyampaikan input

Sesi Pertanyaan juga dibuka

Suasana dalam Labcom

Perbincangan serious oleh peserta Ladap

Perkongsian maklumat oleh Tn Hj Mohd Salleh

Pemantau oleh Pegawai PPD Sabak Bernam

Peserta Ladap

Diharapkan dengan maklumat dan input tyang diterima, semua warga kerja SKTR dapat melonjakkan prestasi kerja mereka seiring dengan keperluan dan kehendak semasa. Warga SKTR serba boleh bak kata pepatah "Ibarat buah kelapa..dilontar ke laut menjadi pulau..dicampak ke darat menjadi pokok.."

Terima kasih semua.