Jun 04, 2015

Temuduga Calon Murid PPKI di SK Seri Cempaka

Pada 2 April yang lalu, pihak PPKI telah menghantar satu pasukan penemubual yang terdiri daripada seorang PK dan gguru Pendidikan Khas. Pasukan ini diberi mandat untuk menemubual murid-murid sekolah lain yang berpotensi mempunyai masalah khas sebelum dirujuk ke doktor pakar. Sekolah yang dikunjungi pada kali ini ialah SK Seri Cempaka. Seramai 4 orang murid ditemubual dan diberi ujian diagnostik. Dua orang murid dilihat mempunyai potensi masalah pembelajaran. Murid ini akan dibawa berjumpa doktor dan seterusnya permohonan masuk ke PPKI akan dibuat melalui PPD Sabak Bernam.


Sekilas pandang :
En Safari (PK) sedang membuat ujian diagnostik ke atas murid

Pn Haslinda menemubual murid berpotensi

En.Solehan sedang membuat pemerhatian

Kepada sekolah-sekolah yang berdekatan dengan sekolah kami bolehlah menghubungi kami sekiranya terdapat murid potensi dan cenderung mempunyai masalah Khas. Kami sedia membantu dan segi khidmat nasihat dan prosedur.