Ogos 17, 2015

Ladap E-RPI Program Pendidikan Khas Integrasi

Pada 15 Julai 2015, satu sesi taklimat LADAP telah diadakan di PPKI. Ladap tersebut diadakan sempena pelaksanaan E-RPI (Rancangan Pengajaran Individu Online) yang telah dijalankan di seluruh negara. Untuk makluman, E-RPI ini merupakan satu sistem pentaksiran buat murid PPKI di Malaysia. Sistem beroperasi pada Jun 2015 dan pada tahap yang optimum. Namun begitu sistem dan pangkalan data yang tidak stabil (barangkali) menyebabkan sesetengah sekolah yang telah melengkapkan data E-RPI tidak tertera dalam sistem. Apabila situasi ini berlaku, sekolah tersebut akan dikenakan denda berupa surat "cinta STS"- Surat Tunjuk Sebab.

Maklumat yang telah diinputkan oleh guru yang menghadiri taklimat iaitu En Muhamad Asri dan Puan Norasikin, disampaikan pula kepada rakan seperjuangan di sekolah. Taklimat asal adalah pada 15 Julai di PKG Sabak Bernam. Antara input dan maklumat yang disampaikan:

1. E-RPI menggantikan pentaksiran yang lama, Sistem Fail RPI.
2. Sebagai rujukan semua pihak iaitu pentadbir sekolah, guru dan ibubapa.
3. Login dan password akan disediakan oleh penyelaras E-RPI.
4. Penyelaras E-RPI dilantik untuk mengelola sistem ini.
5. Terdapat 13 elemen di dalam E-RPI untuk setiap orang murid.
6. Elemen 3 dan 4 perlu diisi oleh guru matapelajaran.
7. Guru kelas bertanggungjawab mengisi keseluruhan elemen.
8. Perlu disiapkan sebelum 31 Julai 2015.
9. Nazir dan Jabatan Audit akan datang memantau Selangor pada tahun ini.
10. Fail RPI yang lama perlu dikemaskini dan sebagai "back-up" sekiranya sistem terganggu.
11. Guru-guru perlu bersedia dengan lawatan pihak PPD untuk tujuan pemantauan.
12. Sekolah yang belum mengisi E-RPI boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Ladap bermula pada jam 10.20 pagi dan berakhir pada 1.20 petang.

Perbincangan giat dijalankan

Guru terus mengisi secara online

Soal jawab sesama rakan