Uniknya program kali ini, PSIS melibatkan seluruh siswa siswi terpilih dari semua jabatan dan menampakkan ia lebih mesra dan mencapai matlamat. Ini bukanlah kali pertama pihak sekolah berkolaborasi dengan PSIS. Sebelum ini telahpun bermacam program diadakan bersama seperti Projek Mural 2014, Pertandingan Mewarna Poster Burung Enggang dan lain-lain. Dalam ucapan Tn Hj Mohd Multazam Khair (GB) semasa upacara penutupan, beliau berharap supaya siswa siswi PSIS dapat merangka satu program motivasi khas untuk murid Tahun 6 seperti Mentor Mentee.
Siswa siswi PSIS diberi tugas untuk melukis dan menyiapkan gambar bendera setiap negeri di tembok batu depan sekolah. Manakala para guru dan ibubapa ditugaskan untuk membersihkan kawasan sekolah dan bilik-bilik khas. Tidak ketinggalan juga untuk mengecat tembok batu dengan warna yang lebih ceria.
Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, secara langsung ataupun tidak langsung.
Foto sekitar program :
Persediaan AJK Makanan
Siswa siswi PSIS bersarapan
Suasana di dewan
Briefing oleh Ketua Program PSIS
Pakar jambatan sudah mariii
Gaya seorang penglipur
Kita medang duluu
Mesyuarat ahli tingkap ye..?
Murid SKTR juga ambil bahagian
Di belakang kantin- Kebun pisang PPKI
Khusyuk mengecat
Tauke kedai kayu tunjuk bakat
Kalau penat minum dulu
Timbalan pengarah IPN bersama Ust Fauzi
"Mana aku nak potong dulu ni ye.."
PSIS bergabung tenanga
Model bendera Sabah
S/U mintak upah 2 ringgit
Dia seorang dah cukup repair titi tuu
Hasil tangan Cikgu Safari & Cikgu Salleh
Yang ringan je boleh naik titi yaaa..
Ucapan dari penyelaras program merangkap emcee
Ucapan wakil PSIS - En. Ismail
Ucapan Tuan GB
Penyerahan Sijil penyertaan
Lakaran sehari sebelum kejadian