Ogos 18, 2015

Karnival Pertanian PPKI di SMK Munsyi Abdullah

Pada 13 Ogos lepas, PPKI SMK Munsyi Abdullah telah menganjurkan satu karninal pertanian untuk disertai oleh murid-murid PPKI daerah Sabak Bernam. Karnival yang julung-julung diadakan ini adalah bertujuan untuk memberi pengalaman dalam bidang tertentu selain merapatkan silaturrahim di antara warga PPKI. Yang Berhormat Tn Hj Kamarol Zaki telah dijemput sebagai perasmi karnival ini. Antara pertandingan yang diadakan ialah :

-Memproses puyuh
-Menanam anak pokok ke dalam polibeg
-Memasak
-Memancing
-Kolaj Buku skrap
-Pingpong
-Petanque

Juga diadakan pameran dari sekolah yang mempunyai program PPKI. Antara pameran yang diadakan ialah pameran hasil pertanian, hasil kerja seni murid dan jualan gerai. Pihak PPKI SKTR telah berjaya menjuarai pertandingan pingpong (Nazrie & Aiman) dan juga mendapat tempat ketiga bagi pertandingan menanam anak pokok dalam polibeg (Zulhelmi & Fahmi).

Diharap karnival ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia dilihat memberi faedah dan manfaat kepada para murid PPKI. Murid juga dapat menimba ilmu dan bersaing secara sihat dengan rakan mereka dari sekolah lain. Walaupun murid PPKI mempunyai keterbatasan namun begitu mereka masih boleh berbuat sesuatu dalam hidup mereka, juga dalam menempuh masa depan di bumi Allah yang luas ini.

Foto sekitar karnival :


Pertandingan kolaj

Nasuha, Haziq & Farzana

Memasak - Najwa & Fajar

Pingpong - AIman & Nazrie

Menanam Anak pokok - Zul & Fahmi

Memancing - Adam Mirza

Petanque - Inus & Annur

Skill gaul tanah pakai tangan, mujarab !!