Oktober 30, 2015

Program Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2015

Pada 9 dan 10 Oktober yang lepas, unit Kokurikulum SK Teluk Rhu telah menganjurkan program Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah bagi tahun 2015. Aktiviti tahunan sekolah ini melibatkan murid Tahap 2 bagi murid aliran perdana dan juga pendidikan khas. Program ini turut melibatkan semua guru SK Teluk Rhu yang berlangsung selama 2 hari 1 malam. Kem kali ini diketuai oleh Cikgu Annas sebagai ketua kem komanden manakala penolong kem komanden pula ialah Cikgu Fadhliah dan Cikgu Ammukutty.

Pelbagai program yang telah dirancang dalam program 2 hari 1 malam yang pastinya memberi pengalaman dan kenangan yang terindah buat murid. Program bermula pada jam 4.00 petang hari Jumaat untuk proses pendaftaran. Setelah itu, barulah murid memulakan aktiviti memasang khemah mengikut kumpulan masing-masing. Murid-murid dipecahkan kepada 6 kumpulan mengikut unit beruniform masing-masing. Murid akan tinggal bersama ahli kumpulan masing-masing di dalam khemah. Murid kemudian membuat latihan kawad kaki yang dikendalikan oleh guru bertugas.

Selepas solat Maghrib, slot pertama yang diberikan kepada murid ialah aktiviti "Ice Breaking". Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memecahkan jurang antara murid. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk mengenali rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kumpulan. Hal ini dapat mengurangkan rasa takut murid-murid membolehkan murid lebih selesa dengan program yang dijalankan. Aktiviti ini dikendalikan oleh Cikgu Adawiyah dan Cikgu Nisa. Pada mulanya, murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut bulan kelahiran, warna nombor dan saiz kasut. Setelah itu, barulah murid dibahagikan kepada kumpulan kepada 6 kumpulan berdasarkan kiraan nombor. Murid dalam kumpulan perlu membina nama kumpulan, mencipta logo yang sesuai dan sorakan cheer kumpulan. Murid perlu membentangkan hasil pembentangan mereka di hadapan rakan-rakan.

Slot seterusnya merupakan aktiviti "Treasure Hunt" yang memerlukan murid mencari check point yang telah ditetapkan oleh guru. Murid perlu mencari check point ini yang dijaga oleh guru yang ditetapkan. Setelah itu, murid perlulah melakukan tugasan yang diberi oleh guru daripada setiap check point. Aktiviti ini dapat memupuk sifat kerjasama antara murid dalam satu kumpulan.

Slot berikutnya merupakan antara slot yang mencabar buat murid. Slot ini yang biasa dikenali sebagai aktiviti 'Burung Hantu' menguji keberanian murid pada waktu dinihari. Murid dibawa oleh guru mengelilingi kawasan sekolah dalam keadaan menutup mata. Setelah itu, murid dilepaskan seorang diri di kawasan yang berasingan dengan pengawasan guru. Walaupun terdapat murid yang kelihatan takut dan menangis, namun aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Keesokan harinya, setelah selesai murid mengikuti program Hari Sukan Negara, Program Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2015 turut melabukan tirainya. Murid mula mengemaskan tapak perkhemahan masing-masing dan membersihkan kawasan sekitarnya.

Alhamdulillah, program yang dirancang dengan baik ini dapat dijalankan dengan jayanya. Program yang diadakan ini sememangnya memberi banyak manfaat kepada murid. Program ini diharapkan dapat terus diadakan pada tahun-tahun mendatang. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan program ini.

Murid-murid berkawad dahulu

Persediaan untuk BBQ

Pendaftaran murid-murid

Persediaan BBQ


Gaya mesti ada

Solat Maghrib berjemaah


Cikgu-cikgu menjamu selera

Pekena Kambing bakar

BBQ in process..

Cikgu Rabiatul tengah briefing tu


Aktiviti "Ice Breaking"

Siapa lambat kena denda nyanyi

Kena present nama kumpulan

Siapa pecahkan telur, dapat batu-bata

Yang ni hadiah paling special

Program 'Burung Hantu'