November 12, 2015

Majlis Persaraan Puan Mariaton (Lek Ton)

Setelah lama berkhidmat, beliau yang dikenali sebagai Puan Mariaton Bt Sidin atau nama mesranya Lek Ton telah bersara pada Bulan September yang lalu. Bertugas sebagai staf sokongan sekolah dalam bahagian staf swasta, beliau amat mesra kepada semua warga sekolah biarpun berbeza usia. Tempoh perkhidmatan di SKTR selama puluhan tahun membuatkan beliau amat dikenali di sekolah ini. Satu kehilangan bagi sekolah kerana beliau seorang pekerja yang rajin dan baik hati. Semoga Lek Ton sentiasa sihat walafiat dan gembira di samping keluarga tersayang walaupun telah bersara.

Pihak SKTR mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Aamin.

Foto sekitar majlis :

Antara guru dan staf yang hadir

Antara rakan guru

Ucapan oleh PK3 En Ahmad Kamal

Ucapan oleh Lek Ton


Kek persaraan

Hadiah daripada Badan Kebajikan Sekolah

Hadiah daripada kawan-kawan

Hadiah daripada PPKI