April 13, 2016

Pelancaran Program Sekolah Penyayang

Program Sekolah Penyayang ini secara rasminya telah dilancarkan pada 11 April 2016. Secara tidak langsung program ini sebenarnya telah bermula sepanjang tahun bermula dari bulan pertama persekolahan. Program ini diletakkan di bawah unit BBK dan ia telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Multazam Khair, GB SKTR. Pn Junaidah telah dipertanggungjawabkan untuk memberikan sedikit ucapan dalam menyalurkan maklumat dan info terkini berkenaan program ini. Upacara memotong reben telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar diiringi oleh para GPK.

Secara amnya, program ini dilihat memberikan impak yang positif kepada murid-murid dan menjadikan sekolah sebuah tempat yang selamat dan diingati. Murid-murid disambut ketika hadir ke sekolah sebagai tanda kasih sayang dan sikap peduli guru-guru.

Foto Program:

(Diselitkan juga gambar penyampaian sijil penyertaan Pertandingan Sahibba)

Tn Hj Mohd Multazam bersama para GPK menyambut 
kedatangan murid

Ucapan ringkas oleh Pn Junaidah, PK HEM

Upacara memotong reben

Bunting Program



Pemenang K&K Tahap 1

Pemenang K&K Tahap 2

Murid sahibba
Siti Aishah Bt M.Radzi

Murid Sahibba
Nur Sabrina Bt Najib

Ainna Bailah Bt Rahim

Nur Alia Fitrisha Bt Mat Yasin
Murid SKTR