Jun 04, 2015

Kejohanan Bola Jaring dan Futsal Prasekolah Daerah Sabak Bernam 2015

Pada 18 April yang lalu, Unit Prasekolah PPD Sabak Bernam telah mengadakan Kejohanan Bola Jaring dan Futsal Prasekolah Daerah Sabak Bernam. Sudah tentu kita tidak menghantar wakil Bola Jaring kerana SKTR hanya ada dua orang murid perempuan. Jadi kita menghantar pasukan futsal. Biarpun murid prasekolah masih mentah, namun pendedahan awal sebegini adalah penting bagi menerapkan minat dan bakat murid pada sukan. Dalam bersukan, perlu dipatuhi peraturan dan disiplinnya. Menang dan kalah itulah adat pertandingan. Semangat kesukanan dapat dipupuk di seusia ini supaya menjadi pemangkin sikap apabila dewasa nanti.

Tahniah diucapkan kepada guru dan PPM prasekolah atas usaha anda melatih dan mendidik murid-murid ini. Bukan senang hendak mengajar futsal pada kanak-kanak. Teruskan usaha.


Brochure Kejohanan


Pasukan Futsal Cilik SKTR (PFC)

Seronok dapat hadiah

Skil gelecek siapa yang ajar tuu..power

Bergambar kenangan bersama YB Tuan Mohd Fasiah Bin Mohd Fakeh
Ahli Parlimen Sabak Bernam