Jun 04, 2015

Program Solat Hajat & Bacaan Yassin

Satu Majlis ringkas bacaan Yassin dan tahlil arwah telah diadakan oleh Panitia Agama Islam, pada 17 April 2015. Tujuan program serampang dua mata ini adalah untuk mendoakan anak lelaki kepada Tuan Guru Besar SKTR, Tn Hj Mohd Multazam Khair, supaya selamat dalam pembedahan membuang ketumbuhan di dalam dada, selepas kimoterapi kanser. Juga untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anak perempuan Pn Haslinda Bt Ramli, Guru senior PPKI yang menjalani pembedahan pembesaran tengkorak kepalanya. Anak beliau juga merupakan murid sekolah ini, Hanifah Syaza Bt Sudarta (T3). Pembedahan tersebut dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

Anak Tn GB = Pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN)
Anak Pn Haslinda = Pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Bersama-samalah kita mendoakan mereka dan semoga mereka tabah dan sabar dalam menempuhi dugaan yang mendatang. Tiada putus asa dalam kamus kehidupan mereka ini. Aaamin Ya Rabbal Alamin...

***Terkini : Mereka berdua telah selamat menjalani pembedahan, Alhamdulillah syukur.

Sedikit tazkirah daripada Ust Suhaili



Bacaan Yasin dimulakan

Antara rakan guru

Wajah tenang Guru Besar

Sebahagian guru dan murid