Pada 29 Disember yang lalu, satu program gotong royong telah diadakan. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mempersiapkan dan membersihkan kawasan kelas dan sekolah sempena sekolah yang akan dibuka pada 3 Januari 2017, sesi persekolahan 2017. Ia melibatkan para guru, staf pembersihan, AJK PIBG dan juga ibubapa murid.
Setelah selesai mesyuarat pengurusan dan mesyuarat-mesyuarat unit yang lain, para guru sepakat untuk mengadakan program gotong-royong ini. Semangat kekitaan dan juga persaudaraan terserlah pada program ini. Jika tidak program sebegini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Tahniah juga kepada setiausaha program iaitu Cikgu Shukri yang komited terhadap tugasan yang diberi.
Semoga dengan persediaan kali ini dapat meningkatkan persekitaran sekolah menjadi lebih mesra dan kondusif.
Foto sekitar program:
##Foto selepas akan dimuatnaik kemudian;
Membersihkan Bilik Rawatan / Kesihatan
Pembersihan Bilik Pemulihan Khas
Gotong royong di surau
Mengemas stor sekolah
Pembersihan Pra sekolah
Kantin juga gotong royong
Ada kaum ibu gotong royong di Tahun 5
Pembersihan Tahun 1
Teacher di Tahun 6
Cikgu Annas di Tahun 5
Cikgu Khalek di Tahun 3
Perpustakaan juga dikemaskini