Januari 04, 2017

Hari Pendaftaran Sekolah dan Program Transisi Tahun 1

SKTR telah mengadakan hari pendaftaran sekolah pada 30 Disember 2016. Bersempena itu juga, Program Transisi Tahun 1 juga mengambil tempat. Ibubapa dan penjaga murid telah hadir untuk mendaftarkan anak masing-masing dan juga membuat sumbangan. Tidak kurang juga yang datang bertanyakan proses untuk perpindahan sekolah anaknya.

Sebanyak 8 kaunter telah dibuka iaitu kaunter T1, T2, T3, T4, T5, T6, PPKI dan juga Pra Sekolah. Kaunter Tahun 1 hingga 6 telah mendapat sambutan yang hangat. Begitu juga kaunter pra sekolah. Namun hanya kaunter PPKI kurang mendapat sambutan. Hanya 6 orang ibubapa daripada 21 ibubapa yang membuat pendaftaran dan sumbangan. Pun begitu, ia adalah senario yang tidak pelik kerana kebanyakan ibubapa PPKI gemar membuat pendaftaran ketika hari persekolahan. Malah ada yang tidak selesai membuat sumbangan sehingga habis sesi tahun persekolahan, meskipun murid ini mendapat elaun khas setiap bulan.

Program transisi Tahun 1 menerima seramai 17 orang pada tahun ini. Jumlah murid ini boleh dikatakan meningkat berbanding tahun sebelumnya. Bermula dengan pendaftaran, kemudian ibubapa dikumpulkan di bilik mesyuarat untuk sesi taklimat dan suai kenal. Murid T1 pula dibawa masuk ke dalam kelas dan untuk sesi perkenalan dengan guru kelas mereka iaitu Ustazah Nasripah Bt Jajuli. Aktiviti mewarna juga dimuatkan dalam program ini. Selepas itu, mereka dibawa melihat-lihat kawasan sekolah. Bukan apa, yang paling penting murid baru ini tahu di mana tandas dan juga kantin.

Tahniah diucapkan kepada para ibubapa yang komited terhadap pendidikan anak-anak mereka dan rela mengambil cuti untuk program pada hari ini. Diharapkan dapat diteruskan pada program-program yang akan datang.

Foto sekitar program:

Pendaftaran murid PPKI

Suasana Kaunter


Penerangan oleh Cikgu June

Semua sibuk nampaknya

Taklimat ibubapa Tahun 1

Taklimat ibubapa Tahun 1

Taklimat ibubapa Tahun 1

Taklimat ibubapa Tahun 1


Murid Tahun 1 masuk ke kelas

Tiada yang menangis..bagusnya dik

Semua ceria

Melawat kawasan sekolah