Februari 06, 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2017

Pada 17 Januari yang lalu, telah diadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Pertandingan tersebut telah dijalankan pada waktu Gerko iaitu di antara jam 3.30 hingga 5.30 petang. Namun begitu, para peserta telah dilepaskan pada jam 4.00 petang kerana cuaca yang agak panas.

Dengan mengikut laluan trek yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya, sebanyak 6 check point perlu dilalui kepada setiap peserta. Walaupun pada tahun ini tidak ramai peserta yang hebat, namun mereka tetap berusaha sehingga ke garisan penamat. Peserta yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan tidak menyertai manakala yang berminat untuk berjalan tetap digalakkan dan diletakkan di bawah pengawasan guru-guru.

Setiap peserta yang berjaya menduduki 10 tempat teratas akan diberikan mata dan dikira untuk dicampurkan pada masa kejohanan sukan sekolah nanti.

Keputusan kategori Perempuan :

1. Ainol Balqis
2. Nor Atikha
3. Nurul Nasuha
4. Husna Nur Imani
5. Nurul Najwa
6. Qistina Rusyda
7. Siti Fatimah
8. Qistina Aulia
9. Nur Ilyana
10. Alya Syazwina

Keputusan Kategori Lelaki :

1. Adam Nazmi
2. Zikri
3. Amirul Haikal
4. Syaarif Shaakirin
5. Naqib
6. Firdaus
7. Iman Adam
8. Mohd Amirul
9. Mohd Aiman
10. Muhd Adam Mirza Aqif

Tahniah kepada semua pemenang. Dengan itu pihak sekolah akan memilih wakil murid seramai 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan ke Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam.

Semoga berjaya.

Foto kejohanan :