Februari 15, 2017

Doakan Murid PPKI ini

Pada awal Januari tahun ini seorang murid PPKI telah menjalani pembedahan mata berikutan terdapat masalah mata sejak tahun lepas. Murid ini Nor Aidila Farehah Bt Zanuri merupakan murid Bermasalah Pembelajaran (PPKI) dan murid kelas BP3. Sejak pulih daripada sakit mata pada 2016, murid mengalami gejala awal kabur di mata. Selepas itu Doktor mengesahkan beliau perlu dibedah dan implikasi tidak dibedah boleh menyebabkan kebutaan.

Farehah atau nama manjanya Maria merupakan murid yang aktif dan ceria. Suaranya selalu mengisi ruang PPKI baik di bilik guru atau di dalam kelas. Rajin membuat kerja dan mudah untuk dibimbing. Beliau juga boleh menyanyi beberapa lagu dengan baik dan pernah menyertai Pertandingan Karaoke Hari Kanak-kanak.

Pembedahan dilakukan di Hospital Teluk Intan dan beliau berada di sana selama 3 hari. Kini beliau telah pulang dan berehat di rumah. Warga SKTR mendoakan supaya Farehah cepat sembuh dan pulih seperti sediakala dan dapat kembali ke sekolah.

Bersama-sama kita mendoakan beliau. Amin Ya Rabbal Alamin.

Selepas pembedahan mata

Sebelum pembedahan

Tidak takut dibedah

Selepas pembedahan

Bersama rakan-rakan ketika lawatan sekolah