Mac 06, 2017

Farewell Teacher Akmar..

Penghujung bulan Februari 2017, merupakan saat yang paling sedih buat warga SKTR di mana salah seorang guru SKTR telah berpindah sekolah atas keperluan perkhidmatan di sekolah lain. Guru yang dimaksudkan adalah Puan Noor Akmar Bt Zainal Mokhtar. Belaiu merupakan pemegang opsyen Bahasa Inggeris dan dengan arahan GB dan kelulusan PPD, beliau digerakkan ke SK Tebuk Jawa bagi mengisi kekosongan jawatan guru opsyen tersebut.

Sekilas pandang, SKTR kehilangan seorang guru yang sentiasa komited dengan tugasnya selama 8 tahun berkhidmat di sini. Bermula tahun 2009, beliau melakar langkah dan bersama-sama berganding bahu meningkatkan misi dan visi sekolah. Antara program popular yang beliau jalankan ialah kerjasama inter-jabatan di antara SKTR dan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dalam pelbagai program seperti Program Mewarna Burung Enggang, Gotong Royong Perdana dan juga Program Mentor Mentee. 

Kami mendoakan Pn Noor Akmar sentiasa komited dan terus cemerlang walau di mana jua anda berada. Semoga berjumpa lagi dan kenang kami dalam doamu. 

Foto program :
# Majlis Perpisahan Teacher Akmar
#Our Last Moment
#All The Best
# No Caption